Saturday, 25 October 2014


Seminggu selepas kejadian itu.
Di rumah sewa.
Di ruang tamu


“Faiz”,panggil Zahin perlahan sambil menyandarkan badannya pada sofa.
“Kenapa?”,balas Faiz tanpa memandang ke arah Zahin.
“Family aku tahu ke tentang aku?”,tanya Zahin sambil memandang kearah Faiz yang sedang membaca buku kegemarannya , buku motoosikal.
“Tentang apa ni? Kau kan banyak rahsia yang mana satu ek?”,balas Faiz dengan nada suara yang sengaja berbau sindir.
“Serious skit boleh tak? Ye aku tahu salah aku sebab tak cakap hal ni dekat kau.”,jawab Zahin tenang. ”Aku perlukan masa beb!”,jawab Zahin lagi.
Faiz menutup majalah yang sedang di bacanya dan memandang kea rah Zahin. “Sampai bila Za? Sampai bila kau nak rahsiakan hal ni? Ya aku tahu memang susah untuk kau terima semua ni tapi tolonglah! Aku rasa kalau kau tak pengsan hari tu, aku masih tak tahu perkara yang sebenar. Aku sayang kau Za.”, balas Faiz dengan penuh rasa kesal tentang apa yang telah berlaku. Faiz bangun lalu berjalan kea rah pintu gelongsor yang terdapat di ruang tamu. Faiz menenangkan perasaannya sendiri.
“Nampak sangat kau sayang aku Faz”,balas Zahin dengan nada bersahaja sambil ketawa ke arah Faiz.
Faiz memalingkan wajahnya pada Zahin.”Eh kau! Aku memang saying kau la bodoh!”,balas Faiz pada Zahin dengan nada suara yang kasar. “Boleh pulak dia ni main2”,bisiknya dalam hati.
“Ok. Sorry2”,balas Zahin.”Boleh tak aku nak minta tolong kau ? Pertolongan yang terakhir?”,pinta Zahin sambil memengang bahu Faiz.
“Apa kau cakap ni?!”,bentak Faiz.”Apa dia?”,tanya Faiz pada Zahin.
“Aku nak kau temankan aku jumpa family aku , aku rasa sudah tiba masanya untuk aku ceritakan segalanya tentang penyakit aku. Tapi aku nak kau rahsiakan hal ini daripada Sara.”pinta Zahin lagi sambil memandang ke arah luar melalui gelongsor yang terbuka luas di ruang tamu.
“Kenapa?”, tanya Faiz tidak berpuas hati.
“Aku tak sanggup melihat dia sedih . Aku harap kau faham dengan pendirian aku.”,balas Zahin lagi.
 “Baiklah, kalau itu yang kau minta”,putus Faiz.”Bila nak jumpa family kau?” tanya Faiz pada Zahin.
“Secepat  yang mungkin”,balas Zahin. “Ya Allah bantulah hambamu ini, kuatkanlah diri ini Ya Allah”,doa Zahin dalam hati. Zahin terus berlalu meninggalkan Faiz yang termangu seorang diri di ruang tamu.

2 bulan berlalu
Keadaan Zahin semakin teruk dari hari ke sehari namun penyakitnya tetap dirahsiakan dari pengetahuan Sara.Tiba suatu hari Zahin berjumpa dengan Sara di sebuah taman. Zahin tetap kuat dan sihat pada pandangan mata Sara tanpa mensyaki bahwa Zahin menghadapi penyakit yang amat membahyakan. Keluarga Zahin dapat menerima tentang penyakitnya dengan hati terbuka dan kini Zahin di jaga oleh mereka di rumah. Sudah dua minggu Zahin tidak berjumpa dengan Sara rasa rindu mula menguasi diri namun tidak dihiraukan rasa rindu itu kerana kesihatannya sejak akhir-akhir ini sering terjejas.
Di rumah keluarga Zahin.


“Mama..”, panggil Zahin.
“Ya ada apa Zahin??”,jawab mamanya Fatimah. Fatimah sedih melihat keadaanya yang terbaring di atas katil dengan wajah yang lesu.
“Boleh tak suruh Faiz dating rumah? Za nak jumpa dia”,kata Zahin sambil memandang kea rah ibunya.
“Yelah. Nanti mama call dia”,balas Fatimah dengan nada suara yang tenang , cuba untuk memenuhi kehendak anaknya.
“Terima kasih ma”,balas Zahin.”Ma nanti kalau Zahin dah takde mama jangan sedih tau ,ma jangan menangis nanti Zahin pun sedih. Zahin kan selalu ada untuk mama walaupun masa tu Za dah takde dekat dengan mama lagi.”,balas Zahin dengan suara yang tenang sedangkan dalam hatinya begitu sakit ketika mengunggkapkan kata2 itu. Zahin memeluk ibunya.
Fatimah sebak mendengar kata2 yang diungkapkan oleh anak2nya.”Za jangan cakap macam tu, tak baik.”balas, Fatimah tenang sambil mengusap perlahan belakang badan anaknya.

Malam.Faiz datang ke rumah Zahin.

“Assalamualaikum Za,hah ada apa kau nak jumpa aku?”,balas Faiz selamba sambil duduk di atas sofa di ruang tamu rumah Zahin.
“Waalaikummussalam. Eh kau dah tak suka ke jumpa aku? Nanti kau dah tak boleh nak sembang2 dengan aku , aku pasti mase tu baru la kau tau rindu aku.”,balas Zahin selamba dan menganggap itu hanya sekadar gurauan.
“Eh apa kau cakap ni beb??”,bentak Faiz kasar sambil memandang kea rah Zahin.
“Wo3 relex ar. I’m just kidding kay.”,balas Zahin selamba.”Aku nak kau bagi dekat Sara bila aku dah takde”, balas Zahin dengan serious sambil menghulurkan sepucuk surat kepada Faiz.
“Apa kau cakap ni beb?”,balas Faiz mendatar tetapi huluran surat daripada Zahin tetap disambutnya.”Za kau kena kuat Za, aku tak suka tengok kau yang lemah macam ni.”,balas Faiz pada Zahin cuba untuk meniupkan semangat buat sahabatnya agar tetap tabah mengharungi dugaan yang Maha Esa.
“Aku penat Faz, aku penat sangat. “,balas Zahin pada Faiz sambil memandang ke arahnya.
Faiz hanya mampu menunduk merenung kea rah lantai .Dia sendiri tidak mampu untuk berkata apa-apa lagi.

Suatu pagi……

“Za,..Za..bangun. Dah subuh dah ni ZA,..”,panggil mamanya.”Za.!Za!”,panggil mamanya lagi sambil mengoncang bahu Zahin. ”Ya Allah!”.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Zahin selamat dikebumikan selepas Zohor. Sara menangis teresak-esak sambil merenung ke arah pusara Zahin yang masih merah. Sara seakan tidak percaya dengan apa yang telah terjadi.Segala kenangan antara mereka bagai berulang kembali dari pertama kali bertemu sehinggalah hari terakhir mereka berjumpa dan mesej terakhir dari Zahin terngiang-ngiang Sara . Za tetap sayang dan cintakan Sara walaupun esok hari nanti Za tak lagi berada di sisi Sara.”Waktu itu Sara hanya menganggap itu hanya sekadar guraun tanpa menyangka Zahin benar2 memaksudkannya.


Sara..”,panggil Faiz.
Sara memalingkan wajahnya memandang Faiz. Sara tidak mampu mengunggkapkan sebarang kata kerana masih terkaku dengan kepergian Zahin.
“Ni surat untuk kau. Za bagi dekat aku 3 hari sebelum dia pergi.”,balas Faiz dengan sebak.”Aku minta maaf sebab tak bagitau tentang ni. Za minta aku untuk rahsiakan dari kau”,balas Faiz lagi.
“Terima kasih Faz”,balas Sara sambil menyambut huluran surat yang diberikan oleh Faiz.”Bukan salah kau . Tak pe aku faham.”,balas Sara sambil mengusap airmatanya.

Di rumah Sara.
Di  dalam bilik. Sara membuka surat yang diberikan oleh Faiz.

“Assalamualaikum Sara.
Ketika Sara menerima surat ini Za dah takde dalam dunia ni. Tiada lagi Za dalam hidup Sara.
            Maafkan segala kesalahan Za sselama kita kenal dan bercinta. Maafkan Za jugak kerana merahsiakan penyakit Za dari pengetahuan Sara. Bukan niat Za untuk melukakan hati Sara dengan cara sebegini tapi Za tak sanggup melihat Sara berasa sedih dengan semua ini.
Sara,
            Meskipun kini Za dah pergi dari hidup Sara , tapi Za berharap Sara takkan melupakan segala kata nasihat yang Za berikan. Jangan bersedih atas pemergian Za ini sayang. Za saying Sara selama-lamanya. Kenangan yang tercipta antara kita Za simpan kemas dalam pelukan Za. Terima kasih kerana selama ini Sara sabar dengan segala tingkah Za. Maafkan Za sekali lagi.
Bangkitlah sayang,
Jangan kau tangisi ku lagi,
Pandanglah ke depan,
Akan kau jumpa lelaki yang lebih baik dari ku…

                                                                                                Zahin cinta Sara
                                                                                                                        Ikhlas dari hati ”




No comments:

Post a Comment